Penerbitan Suamiku, Encik Perfect 10!

Filem ini merupakan filem pertama selepas 4 tahun yang mengandingkan Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai teraju utama selepas kali terakhir mereka digandingkan ialah di dalam filem Ombak Rindu pada tahun 2011.[7][8] Produksi filem ini dilakukan pada tahun 2013. Filem ini menjalani pengambaraan di Malaysia dan London selama 20 hari.[9][10]Watak Zarief yang dibawa oleh Aaron Aziz merupakan dari Kedah yang menyebabkan dia terpaksa bercakap dengan menggunakan loghta utara di dalam filem ini.[11][12][13][14]Kedua-dua teraju utama filem ini mengakui bahawa mereka tidak pernah membaca novel asal dan hanya berpandukan kepada skrip filem.[15]Asalnya filem ini dihasilkan dalam format supertele bagi siaran Astro First Eksklusif sebanyak dua episod tetapi selepas dipertimbangkan jalan cerita serta mutu lakonan yang bagus, ia akhirnya diangkat ke layar perak.[16]Perkara ini menyebabkan banyak babak terpaksa dipotong untuk memendekkan durasi filem ini kepada dua jam sahaja.[17][18][19]

Rujukan

WikiPedia: Suamiku, Encik Perfect 10! http://news.asiaone.com/news/showbiz/aaron-aziz-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-ha... http://www.bakul2011.com/2015/01/review-filem-suam... http://beautifulnara.com/filem-suamiku-encik-perfe... http://www.budiey.com/kejutan-menanti-di-malam-gal... http://www.guahavoc.com/2015/02/demam-suamiku-enci... http://www.imdb.com/title/tt1199300/ http://iskandarx.com/suamiku-encik-perfect-10-raih... http://www.kakitonton.com/2015/01/suamiku-encik-pe... http://merdeka-online.com/home/aaron-aziz-masih-la...